Teka-Teki Zaman Berzaman Untuk Yang Duduk Melepak, Tapi Tak Tahu Nak Sembang Apa

Q:Bunga apa berwarna hitam? A:Bunga tayar.
Q:Dalam sebuah zoo. berlaku kejadian pelik. Harimau telah bertukar menjadi ayam.kuda bertukar menjadi ayam, monyet bertukar menjadi ayam, dan burung juga bertukar menjadi ayam. ayam pulak bertukar menjadi apa? A:Ayam bertukar menjadi banyak.
Q:Pokok kelapa ditanam sebelah, pokok betik ditanam sebelah. mana tumbuh dulu? A:Dua2 tak tumbuh sebab pokok tanam sebelah sahaja.
Q:Bas berhenti, apa yang turun dulu? A:Meter.
Q:Suatu kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta telah berlaku dan semuanya mati kecuali satu yang tak mati? A:Road tax.
Q:Air apa paling berani? A:Air terjun.
Q:Satu kolam yang dipenuhi ikan telah dijaga oleh seekor jin yang lurus,berani dan garang. jin ini tidak pandai berkata-kata melainkan satu sahaja perkataan iaitu TIDAK. ada seorang manusia amat mahukan ikan dari kolam itu. tetapi perlu melalui jin itu. apabila manusia itu meminta kebenaran untuk mengambil ikan, jin itu akan berkata TIDAK. bagaimanakah manusia itu hendak mengambil ikan dari kolam itu ? A:Manusia itu akan bertanya kepada jin, "Aku ambil ikan dari kolam itu kamu akan marah atau tidak?". Sudah semestinya jin itu akan menjawab TIDAK.
Q:tentang diri kita. benda apa yang naik tak akan turun? A:Umur.
Q:Penumpang seorang. Pemandu ramai.Apakah itu? A:Mengusung keranda jenazah.
Q:Antara kereta dan motosikal, yang mana lagi tua? A:Motosikal sebab ada tongkat.

Q:Binatang apa bertelur dan beranak? A:Siput babi sebab siput bertelur dan babi beranak.

Q:Sungai apa paling berat? A:Sungai besi.

Q:Binatang apa kaki di kepala, badan di kepala, mata dikepala ? A:Kutu.

Q:Benda apa lagi dipotong lagi ia tinggi? A:Kaki seluar.

Comments

Popular posts from this blog

Makan makan di Kedah

Pucuk Ulam-Ulaman, Antara Sihat, Virus, dan Bakteria.