Lembu suka pucuk getah

Hari ni pagar kebun getah runtuh dikerjakan sekumpulan lembu. pokok getah berusia 1 tahun 2 bulan banyak yang patah setelah disondol oleh lembu yg mahu makan pucuknya. Geram bercampur marah terhadap lembu dan tuannya amatlah mendalam. isk3.. lembu2 bapa saudaraku punya. 
 Langkah pencegahan awal:
  1. Pagar kawat telah dinaikkan daripada 1.5 meter kepada hampir 1.9 meter. Cara ini mungkin boleh menakutkan lembu dengan ketinggiannya. Ketinggian ini mungkin dapat mencegah lembu2 itu melompat melepasi pagar. Lembu boleh melompat? Kena percaya hal ini wujud.
  2. Memasang jaring hitam rainshelter, dapat mengurangkan aktiviti babi, kambing, dan lembu dari cubaan masuk kekawasan kebun melalui antara celahan kawat berduri.
  3. memasang patung orang-orang setinggi hampir 2.5 meter, di tengah kebun dalam usaha menakutkan binatang tak dengar dek cakap.

Comments

Popular posts from this blog